Khabarkan Padaku Tentang Islam

Khabarkan padaku,
Bagaimana menjadi muslim tanpa solat?
Bagaimana menjadi muslim tanpa puasa, haji dan zakat?
Bagaimana menjadi hamba Allah TANPA TAAT?

Penyerahan diri ini,
Menuntut seribu kewajipan,
Yang tak akan mampu ditunai,
Kecuali dengan penuh keikhlasan.

Ikhlas menjadi muslim.
Bukan kerana warisan ibu ayah,
Bukan jua kerana diikat adat masyarakat,
Bukan kerana apa-apa,
Tetapi kerana pasak kefahaman yang kukuh.
Yang tak mudah runtuh, tetap kukuh dalam tubuh.

Islam itu haq!
Islam itu benar!
Nyatakan kebenaran mu itu.
Syahadah itulah kesaksianmu,
bahawa... La ilaha illa allah!
muhammadur rasulullah!
Tiada tuhan yang PATUT DISEMBAH melainkan Allah,
dan nabi muhammad itu utusan Allah.

Kesaksianmu itu manifestasi keyakinan,
keyakinan yang tidak ada ragu padanya,
walau sekelumit atau lebih kecil daripada itu.

Barulah absah di sisi Tuhan kesaksianmu itu.

Jika tidak,
Khabarkan padaku,
Apalah erti islammu itu.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment