Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi
satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha,
Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum
Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini
berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf
PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala
itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan
hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di
Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak
terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging
diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih
teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.
Jika
di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada
pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini
setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf
sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.
Anda mungkin berkata,
"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"
Ulasan
saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti
pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada,
berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak,
lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas
dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis
Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya
Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang
sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan
kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini
Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam
nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi
kandungan surat.
Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan
TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai
kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.
Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu
berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil
inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis
Syariah SC, Malaysia.
Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan
diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua
artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
16 Feb 2009
0 comments:
Post a Comment